Feb 19, 2010

Home » , , , » Banyakkan Menjadi Daripada Mencari

Banyakkan Menjadi Daripada Mencari


Tertarik hati dengan ungkapan mendalam Ustaz Hasrizal a.k.a Saiful Islam semalam. "Banyakkan Menjadi daripada Mencari". Bila disebut macam tue terfikir gak, kita selalu ditanya apa ciri-ciri insan pilihan yang ingin dibawa ke jinjang pelamin. Macam-macam laa jawapan yang ada tapi hakikatnya kalau kita nak ciri-ciri yang diinginkan itu sifat kita juga perlu untuk menjadi orang yang mampu menarik hati wanita yang mempunyai ciri-ciri yang kita inginkan itu.


Forum yang dikendalikan oleh Dr. Raja Iskandar dengan 2 panelis hebat Ustaz Hasrizal & Habiburrahman El-Shirazy itu dianggarkan dihadiri sejumlah 1200 penonton yang datangnya dari kalangan pelajar UTP, IPT sekitar Perak dan penduduk setempat yang datang dengan keluarga. Alhamdulillah. dengan bantuan Allah walaupun promosi hanya mengambil masa yang tidaklah begitu lama tapi membuahkan hasil yang memuaskan seperti ini. Tahniah diucapkan kepada seluruh komiti kempen Heart For Islam 2010 (h4i 2010) dan Hal Ehwal Siswi (HELWI).


Antara perkara-perkara yang dirasakan fresh dan baru dimasukkan dalam fikiran aku nih bila Ustaz Habiburrahman menyebut tentang 4 jenis perkahwinan yang telah diletakkan sebagai contoh di dalam al-quran kerana beliau mengatakan untuk membina sebuah rumah tangga yang bahagia itu, suami dan isteri harus berkongsi visi dan misi yang sama. Jadi disebutlah mengenai 4 contoh perkahwinan itu.

Nabi Nuh a.s. dan Nabi Lut a.s.

Maka disebut yang pertama ialah rumah tangga Nabi Nuh a.s. dan Nabi Lut a.s.. Kedua-duanya merupakan Rasul yang diutuskan Allah s.w.t. dan merupakan orang soleh. Tetapi rumah tangganya retak dek kerana isteri mereka tidak mahu mengikut jalan yang benar yang diajak oleh Nabi Nuh a.s. dan Nabi Lut a.s. Mereka berpaling dari mematuhi perintah Allah lalu mereka diazab oleh Allah s.w.t.

Itu kisahnya apabila visi dan misi tidak sama.

Asiah Isteri Firaun

Yang kedua ini hampir sama juga dengan cerita di atas cuma bezanya adalah Asiah Isteri Firaun ini bermati-matian mempertahankan aqidah kepada Allah s.w.t. manakala si suami pula bermati-matian mengajak ke neraka. Gila kuasa, tamakkan harta, mahu dirinya dihormati, disanjungi, ditakuti malah mengaku dirinya sebagai Tuhan. Jadi rumah tangga ini berpecah dengan berbezanya visi dan misi yang dijadikan sebagai prinsip dalam kehidupan mereka.

Abu Lahab dan Isterinya

Pernah baca surah al-Masad?

Kalau pernah surah ini menceritakan tentang Abu Lahab dan ada ayat yang disebutkan juga tentang perempuannya (isterinya). Di sini ditunjukkan ciri-ciri suami dan isteri yang mempunyai visi dan misi yang sama iaitu menentang Islam yang dibawa Rasul Junjungan Tercinta Nabi Muhammad s.a.w. Ini juga merupakan satu contoh tapi bukanlah contoh yang patut diikuti tapi contoh yang wajib dijauhi dan perlu diambil iktibar atas kisah Abu Lahab ini.

Nabi Muhammad s.a.w. dan Nabi Ibrahim a.s.

Inilah contoh yang perlu diteladani dan diikuti. Nabi Muhammad s.a.w. mempunyai visi dan misi untuk menyebarkan Islam di muka bumi Allah. Siti Khadijah tidak pula menentang malah telah menjadi wanita pertama yang memeluk agama Islam. Perjuangan Nabi Muhammad s.a.w. di Kota Mekah seringkali dibantu oleh Siti Khadijah malah Siti Khadijah sanggup menjual harta kekayaannya demi Islam.

Begitu juga kisahnya Nabi Ibrahim a.s. Baginda menghantar isterinya Siti Hajar ke Mekah yang ketika itu tandus dengan padang pasir atas perintah Allah s.w.t. Tidak pula Siti Hajar merungut atau ingkar tapi patuh kepada suaminya dan kepada Allah s.w.t. seperti mana patuhnya Nabi Ibrahim a.s. kepada Allah s.w.t. Inilah satu bentuk kesempurnaan dalam berumahtangga apabila kedua-dua suami dan isteri saling memahami dan melengkapi antara satu sama lain.


Itu antara point-point bernas yang dinyatakan oleh Ustaz Habiburrahman dalam forum berkenaan. Ustaz Hasrizal tidak kurang hebatnya apabila mengeluarkan ungkapan yang begitu indah tetapi mendalam maknanya untuk difahami oleh kita semua.


"Banyakkan Menjadi Daripada Mencari"

Ustaz Hasrizal menyebut kalau kita nak dapat isteri solehah, kita kena jadi soleh dulu. Secara automatik perempuan yang soleh itu akan datang kepada kita. Begitu juga dengan perempuan yang inginkan suami yang soleh perlu kepada mereka untuk menjadi solehah dahulu. Ini bertepatan dengan nas al-Quran yang mengatakan lelaki yang baik itu untuk wanita yang baik dan sebaliknya. Maka kita sentiasa perlu upgrade diri kita untuk sentiasa maju kehadapan dalam tazkiatun nafs (penyucian diri) dan semua ini dilakukan ikhlas hanya kerana Allah s.w.t.

Perlukah Berpacaran @ Couple??

Andai kita melihat contoh terbaik kita Nabi Muhammad s.a.w. adakah Nabi juga bercouple dengan Siti Khadijah sebelum berkahwin. Perkenalan Siti Khadijah dengan Nabi Muhammad hanyalah atas dasar perniagaan. Nabi menampilkan sikap yang sangat mulia sebagai seoranga lelaki dan juga sebgai peniaga yang jujur. Ini telah menarik hati Siti Khadijah yang berumur 40 tahun dan telah banyak menolak pinangan lelaki lain. Maka akhirnya hati Siti Khadijah itu cair dengan sifat yang ada pada Rasulullah itu sendiri.

Adakah Nabi mengorat Siti Khadijah?
tidak

Adakah Nabi mengajak Siti Khadijah dating?
tidak juga

Adakah Nabi menggunakan kata-kata manis dan janji palsu kepada Siti Khadijah?
pun tidak

Tapi akhirnya mereka berkahwin dan berbahagia dalam perkahwinan itu. Bagaimana nak tahu bahagia atau tak?

Adakah Siti Khadijah tinggalkan Nabi selepas Nabi diutus menjadi Rasul?
Tidak malah beliaulah wanita pertama yang memeluk Islam.

Adakah Siti Khadijah membiarkan sahaja Nabi Muhammad memperjuangkan Islam seorang diri?
Tidak, malah beliau menyumbangkan hartanya sendiri untuk Islam.

Maka dengan perkongsian visi dan misi yang sama itu menjadikan rumahtangga Nabi Muhammad dan Siti Khadijah terus utuh dan tidak pernah goyah. Padahal Nabi hanya lebih mengenali sifat Siti Khadijah setelah perkahwinan bukan berpacaran sebelum berkahwin. Cumanya fenomena yang berlaku sekarang ialah belum berkahwin dah nampak macam suami isteri tapi lepas berkahwin pinggan mangkuk pun boleh terbang keluar rumah. Itulah hakikat yang berlaku.

Jadi perlukah kita berpacaran? Dengan hanya perkenalan itu saja boleh membawa kebahagiaan. Mengapa kita perlu menipu diri sendiri dan orang lain untuk mengecapi kebahagiaan palsu? Apa salahnya kalau kita menjadi diri sendiri dan jujur dengan hati kita. Biarlah perkenalan itu atas dasar agama dan perkahwinan itu juga atas dasar agama. Insya-Allah ada keberkatan dan redha Allah di situ.

Rasa cinta itu fitrah tapi jangan dipandu dengan nafsu.
Biar dipandu dengan iman supaya mendapat keredhaan Ilahi.

dianggarkan 1200 penonton telah hadir ke forum ini

 
komiti h4i 2010 bergambar bersama panelis

 
komiti muslimat bergambar bersama Ustaz Hasrizal

Forum Baitul Muslim di Sinar Harian


12 comments:

-li.zue- said... [Reply to comment]

banyakkan menjadi daripada mencari.
hebat!
aku suka konsep tu.

*rindu plak nak masuk hall yg besar giler tu weii! ahaha

miss_alin said... [Reply to comment]

salam.
nice post~
teruskan perkongsian.
bestnye ade mcm2 progrm kt utp..
:)

fieqa said... [Reply to comment]

salam.
wah2.seriously menarik2..:)
4 perkahwinan tu mmbuka minda btol.

best ny duduk n dgr bulat2 forum nie..

jzkk ats perkongsian n pencerahan..
minta izin copy beberapa part kat dlm post ni yer! :)

fieqa said... [Reply to comment]

n ape jua pon, sblom menaiki ke tangga seterusnya which is baitul muslim,
sedaya upaya lah kan ntok setelkan dulu tangga individu muslim :)

insyaAllah..

al-bagani said... [Reply to comment]

to zue..
jgn ska je..praktik tue pntg..

p/s :- da dpt msk ko tolak spe suh

to aleen..
syukran..insya-Allah tmpt nti bljr pn ley wt prog cmnie..

to tulip putih..
moga bermanfaat...silalah copy..huhu

p/s :- kami ad buat rakaman utk forum tersebut..andai banyak prmntaan mgkn kmi akn cuba utk edar/pasarkan rakaman tersebut..

Birdy said... [Reply to comment]

salam..
kupasan yg bgs dr forum tu..
trskn lg usaha anda..
x sangka kak rai msk newspaper.. (o.0)
he3..sgt berbaloi n sgt success forum ni..congrets korg!

Birdy said... [Reply to comment]

ouh..1 lg terlupa..
count me in..
km pun nk rkmn tu..best2..

Noratikah Shamsuddin said... [Reply to comment]

salam..kupasan yg best. tengQ.
nk rakaman tu jgak.

adilah kamal azizi said... [Reply to comment]

salam..
ana rasa bagus jugak kalu forum tu dipasarkan..keep my name in the booking list.. Ape yang nta tulis ni xcukup utk disamakan dengan mutiara kata panelists yang hadir. But, it is a good alternative for sharing. More contemporary n light examples to be understood and accepted.. wah3, audience pgrm ni da smpai stage 2 dah nie..fardhu muslim->>baitul muslim,then...yup, sama2 kita menjadi dari mencari, moga kelima-lima stages itu dapat kita capai (fardhul muslim, baitul muslim, mujtama' muslim, daulah islamiyah, n KHILAFAH ISLAMIYAH..insyaAllah)

al-bagani said... [Reply to comment]

to aimi..

huhu...ok2..nma msk list.

to atikah..

ko bkn komiti h4i dept bisnes k??
ptt ak ty ko ad jual k x???huhu..:P

to adilah..

insya-Allah kami akan cuba pasarkan..ramai nak datang tp x mampu atas sbb jarak dan masa...=)

ieraros said... [Reply to comment]

wa..best2..ak bru je bce post ni=)
tu la..ak pn nk g snany..mmbe ak kt utp siap kol..
mlangny,tme tu last day exam =(

al-bagani said... [Reply to comment]

to iejan..

huhu...promotion juz smggu je..
utp penuh ngn event...even dak utp sndiri pn ad yg trlps sbb ad event len..klu x penuh kot c.hall tue..huhu
bkn sng nk jmpe habiburrahman tue..huhu