Nov 16, 2009

Home » , , » Ilmu Tanpa Amal Bagai Pokok Tanpa Buah

Ilmu Tanpa Amal Bagai Pokok Tanpa Buah

Bismillahirrahmanirrahim...


"Ilmu Tanpa Amal Bagai Pokok Tanpa Buah"


Camnie laa keadaannya bila kita nie ada ilmu tapi tak mempraktikkan ilmu kita. Analogi pokok nie sangat mudah, andai kita tanam pokok sampai besar tapi pokok tersebut tak membuahkan hasilnya, apa agaknya kita akan buat kan. Kalau diikutkan baik tebang je pokok cam tue sebab tak memberi manfaat kepada orang lain pun. Kalau takat nak menyemak je baik tak payah kan. Kalau takat nak buat berteduh baik tanam pokok hiasan yang boleh wat tempat berteduh daripada tanam pokok buah tapi tak menghasilkan buah pun. Jadi sama jugak laa dengan manusia yang da diberi dengan bermacam-macam ilmu tapi tak dipraktikkan


Suka dengan istilah nie "top-up & transfer" ataupun "top-up & share". Sebab apa, untuk menjadi orang yang mendapat manfaat dan memberi manfaat kepada orang lain. Kita perlu berkongsi manfaat yang ada pada diri kita dan dikongsi atau di'transfer' kepada orang lain supaya mereka juga mendapat manfaat yang sama. Jadi hasilnya kita akan mendapat ganjaran pahala sebab membantu memberi manfaat kepada orang lain. Sesuatu ilmu tue kalau dikongsi dy akan bertambah...sama macam saham laa...saham keuntungan kita laa tue..jadi bila menyampaikan ilmu tue, kita telah mengembangkan ilmu tue sebab konfem ilmu tue akan makin berkembang..sebab apa sebab ilmu tue akan berubah dari semasa ke semasa...apa yang kita belajar dalam buku sekarang sbnrnya da ketinggalan sebab akn sentiasa ada update dalam bidang ilmu tersebut..


Tertarik post dalam blog Iejan


Right now, kita semua terdiri daripada 2 generasi. generasi X & generasi Y.

Generasi X = orang2 yang pada zaman mudanya, pergi ceramah2 di masjid atau di mana2 sahaja yang ada ceramah.pakcik2 kita,makcik2 kita, ibubapa kita, atuk2 sume. Tak kesa la alim or biasa2..yang penting, mesti ada jejak kaki punya pergi ceramah.

Generasi Y = generasi friendster, facebook, hp, laptop, blog,internet & segala macam jenis teknologi. [ehe..generasi kite la ni kn..]

so, ustaz cakap "Ustaz pun terpaksa la buat facebook, friendster, blog sebab nak dakwah, nak ajak budak2 zaman sekarang ni ke arah kebaikan. dah diorang semua pakai medium2 ni, kita pun kena ikut la..kalau suruh pergi ceramah, xsemua nak pergi."

betul gak kan.. Saidina Ali pun pernah berkata, "didiklah anak-anakmu mengikut zamannya"
So to all my friends, jom kita renung2 semula..kalau la generasi yang sekarang ni pun dapat menikmati teknologi yang sangat dahsyat, apatah lagi generasi yang akan datang? remember that things change a lot in contemporary world.. Everything changes to make the world a better place to leave..to make everything easier..

Technology and development will always go together hand by hand;giving birth to one another. Like how we think that windows95 yang dah tak sesuai & tak relevan untuk dipakai pada zaman sekarang, begitu jugalah yang dirasakan oleh generasi X.Daripada MS-DOS yang diperkenalkan oleh Bill Gates, kemudian Windows 3.0, windows 95, Office 97, Office 98, Office 2000, windows XP & Office XP, and then Vista..and next year, windows 7 is expected.

Nampak kan..bagaimana teknologi tu akan terus berkembang dari semasa ke semasa.

So the question is, how to handle the next generation? generasi yang sekarang ni pun, ustaz dari generasi X kena ikut rentak kita, semata2 nak tarik kita ke arah kebaikan & tak terkeluar dari landasan.. Maka selepas perbincangan dalam usrah, kak aida (our naqibah) pun cakap la, penting untuk generasi yang sekarang ni ada asas, ada pegangan yang kukuh terhadap Islam, dan xlupa, ada attitude yang baik, peribadi yang mulia..sebab apa?

sebab satu masa nanti, kita akan berhadapan dengan GENERASI Z pula..dan kita pula yang akan jadi golongan atuk2,nenek2,makcik2,pakcik2,juga ibubapa. Mak abah kita sekarang ni pun pening kepala tengok anak2 yang sangat technology competent.Apatah lagi kalau anda2 yang akan jadi mak abah satu masa nanti? macam mana ye persediaan kita semua nak membentuk & menjana akhlak yang mulia dalam kalangan pemuda pemudi generasi Z nanti? ha..pernah terfikir tak?tah ape2 teknologi pelik2 nanti muncul zaman diorang..tapi xmustahil kan? (",)


bca lbey lanjut di blog dy laa ek..huhu


So dunia berubah, ilmu juga berubah, tp Islam tetap mampu untuk menyesuaikan diri dengan keadaan..nampak tak kat situ ada sifat thabat wa murunah iaitu tetap dan berubah..ada hukum dalam Islam yang tetap contohnya solat 5 waktu, x berubah smpi bila2...tp dr sudut cara solat ada yg solat duduk klu x leh brdiri, jd cara solat berubah-ubah. Nampak juga kesyumulan Islam bila boleh blend in dlm sume zaman..nie laa kesempurnaan Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad melalui wahyu daripada Allah s.w.t.


Jadi kalau ilmu yang kita ada pun kita tak amalkan, macam mana ilmu kita nak berkembang??? kalau kita tak transfer ilmu kt orang, orang pun xnk transfer ilmu kat kita...kalau kita taknak share pun xde sesape yg nak share ngan kita..btul x. Jadi fikir2laa sendiri..dakwah tue bukan sekadar memberi tazkirah, tapi kita menyeru dengan memberi atau berkongsi apa yang ada pada kita. Kita guna segala medium yang disukai oleh generasi2 baru dan berdakwahlah melalui medium itu. Takde salahnya, lagi bagus kalau perkara kebaikan sama naik dengan perkara keburukan daripada perkara kebaikan tue xde langsung kan..Jadi itu laa pentingnya mengamalkan ilmu yang ada. Jadi let us walk the talk laaa...=)






0 comments: