لَقَدۡ خَلَقۡنَا ٱلۡإِنسَـٰنَ فِىٓ أَحۡسَنِ تَقۡوِيمٍ
4.Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia Dalam bentuk Yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai Dengan keadaannya).
Nah! nie buktinya. Tapi apa pula jadinya bila manusia tue tak menggunakan nikmat akal itu sebaik mungkin?
Allah berfirman pula dalam surah Al-A'raf ayat 179 yang berbunyi :-
وَلَقَدۡ ذَرَأۡنَا لِجَهَنَّمَ ڪَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلۡجِنِّ وَٱلۡإِنسِۖ لَهُمۡ قُلُوبٌ۬ لَّا يَفۡقَهُونَ بِہَا وَلَهُمۡ أَعۡيُنٌ۬ لَّا يُبۡصِرُونَ بِہَا وَلَهُمۡ ءَاذَانٌ۬ لَّا يَسۡمَعُونَ بِہَآۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ كَٱلۡأَنۡعَـٰمِ بَلۡ هُمۡ أَضَلُّۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡغَـٰفِلُونَ
179. dan Sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia Yang mempunyai hati (Tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan Yang mempunyai mata (Tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan Yang mempunyai telinga (Tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang Yang lalai.
Konklusinya di sini kita nie tak dapat tipu Allah sebab Allah Maha Menngetahui. Memang Allah jadikan manusia sebaik-baik kejadian tapi hakikatnya Allah melihat juga bagaimana manusia guna nikmat tersebut. Jadi andai mereka menipu Allah samalah ertinya mereka tipu diri sendiri. Andai mereka berlaku zalim samalah juga mereka menzalimi diri sendiri.
Bila sebut isu Tipu Allah nie terfikir plak tentang Cinta dalam era globalisasi nih. Zaman sekarang ada banyak jenis cinta, Cinta Monyet, Cinta SMS, Cinta Islamik & macam2 cinta lagi laa. Yang dahsyat tue bila tengok ada juga Cinta Islamik kat situ. Sedangkan apa yang diketahui Cinra dalam Islam ialah perkahwinan. Tapi Cinta Islamik nie adakah sama dengan gambaran Cinta dalam Islam nih?? Tak juga. Kena pulak dengan era teknologi maklumat dan komunikasi nie. Komunikasi antara pasangan kekasih dah jadi makin mudah. Cinta Islamik nie pun tak ketinggalan zaman jugak bila masing2 membalas mesej dengan mesej2 berbentuk tazkirah. Rasanya tak perlu hurai panjang2 sebab isu nie da sangat2 famous di alam maya nih. Buka laa mana2 forum Islamik sekalipun tak kira bahasa Melayu atau bahasa Inggeris, mesti akan ada satu topik yang diberi nama Couple, maka dalam tue akan wujudlaa perbahasan tentang boleh atau tak sebenarnya couple nih. Tapi tue jugak laa ada yang masih buta hati walaupun tahu couple tue haram atas sebab membawa kepada maksiat tapi buat jugak. Lepas tue mula laa mengeluarkan alasan escapisme untuk mempertahankan hubungan tersebut. Mungkin mereka boleh memanipulasikan manusia tapi mampukah memanipulasikan Allah?
Inilah seperti yang dihuraikan oleh Ustaz Hasrizal (Saifulislam) tentang Teori Evolusi Cinta.
Inilah TEORI EVOLUSI CINTA. Bermula dengan sebaik-baik kejadian, mereka bermain cinta murahan beralaskan akal dan hujah-hujahnya. Dengan cinta sehina itu, manusia beransur-ansur turun sifat kemanusiaannya. Hilang malu yang menjadi benteng iman. Akhirnya menjadi kera.
Kera itulah barangkali yang terkinjal-kinjal dilamun cinta monyet terkena sumpahan Allah ke atas kaum yang mensesiakan akal kurniaan Tuhan untuk menipu Tuhan.
Maka apakah penyelesaian kepada masalah yang berlaku nih? Seolah-olah tak ada penyelesaian walaupun dah banyak yang dilakukan. Pelik sungguh masyarakat kita sekarang nie kan. Tapi satu penyelesaian yang Insya-Allah akan berhasil adalah semua manusia perlu kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Ini laa jalan yang dapat menyelamatkan kita daripada tersasar atau terlepas dari jalan yang lurus. Andai dibiarkan berterusan masalah nie takut2 suatu hari nanti kepimpinan negara pun dipegang oleh golongan2 kera ini.
Mohon maaf andai menyentuh sensitiviti mana2 pihak...
4 comments:
bagus post ni...
dalam bhs yang mudah, kalo dah terpikat, jgn kaco anaknya
terus ke mak bapaknya.
tunang...
ada jodoh berkahwinlah..
jga batas2 syarak itu y penting..
org sekarang perlu diberikan kesedaran lebih meluas..
moga sama2 mendapat iktibar dgn pos ni ya...
nice post..
tertarik dgn teori cinta..
sekarang ni yg lebih menyedihkan,
org dah tau hukumnya haram,
tapi masih nak buat sebab
1.rase syg nk tinggalkan
2.takut xkan jumpe lagi insan sperti yg lame tu
3.terpengaruh dgn keadaan sekeliling
4.alah bisa tegal biasa..sekali terjebak susah..
5.rasa seronok bila dsayangi dan dirindui..
alhamdulillah kalo yg dpt kesedaran balik..
krn org yg mempunyai asas agama pun boleh terjebak..
semoga dijauhi dan menjauhi maksiat..
walau apapun, selagi yakin dan percaya dgn janji Allah,
insyaAllah mereka akn berada di landasan yg betul..
yaqzan:
setuju2...bgs laa ko yaqzan, leh jd dr cinta laa lps nie kn..huhu..org da ****t***n* laa katakan..hehehe..tp yep kalo da ske tue kawen je laa..x pn manfaatkan laa baitul muslim yg ad kt tmpt kta bljr tue..huhu
aleen:
sbb tue laa jgn even dekati pun bnd tue..andai trkena walaupun sket jek..maka syaitan akan panah dalam hati kita rasa seronok..sbb tue laa msa tue bnd buruk kta nmpk indah sgt2 sdgkn x sedar diri tue da tersasar dr landasan..
ak ska post ni.. bgus la.. wat rmai owg sedar..
insyaallah.. ak harap ak pon terhindar dri sme menda2 ni..
nauzubillah.. thanx bg byak input..
Post a Comment