Feb 19, 2009

Home » , » Ringkasan Ilmu Di Baitul Qura'

Ringkasan Ilmu Di Baitul Qura'

Dipetik dari Laman Web Batch 53 KISAS
Ditulis oleh sahabat ana Saudara Yaqzan...

Al Ilmu Bila Amal Kasy Syajar Bila Tsamar

Nukilan: Mohammad Yaqzan bin Mohammad Yazed, Batu Pahat, Johor.
Email: ibnu_ajed@yahoo.co.uk

Assalamualaikum sahabat2.
Insya Allah, Ana ingin berkongsi ilmu yang diperoleh di Pondok Baitul Qura’, Sungai Udang, Melaka pada Daurah tempoh hari, 22 Januari hingga 5 Februari 2009. Alhamdulillah, memandangkan ana dapat mengikuti daurah penuh selama dua minggu bersama Arif Aizuddin, Firdaus Izarae dan Fadhil Hamdi (ada ramai lagi kawan2 lain tapi mereka tak dapat ikuti daurah penuh dua minggu) serta permintaan daripada sahabat-sahabat yang ingin kongsi ilmu di Baitul Qura’, maka tercetuslah idea ana untuk menghasilkan ringkasan ilmu ini. Semoga Allah S.w.t. memberkati usaha kita yang sentiasa inginkan ilmu walau di mana berada. Amin Ya Rabbal Alamin...

Ilmu ini diperoleh secara tak formal atau tazkirah atau muzakarah bersama Abang Hafis, pelajar pondok Baitul Qura’. Asal Melaka. Beliau seorang yang sangat cintakan sunnah Rasul, mesra bersama pelajar daurah, ingin menjadi seperti saidina Umar, suka tersenyum, sedang berusaha menjadi hafis Al Quran 30 juzuk dan bercita-cita untuk mati syahid. Semoga cita-citanya dikabulkan Allah. Amin Ya Rabbal Alamin...


Syariat vs Makrifat

Solat ialah syariat.
Makan ialah makrifat.
Ada orang utamakan solat daripada makan kerana jaga adab dengan Allah.
Ada orang utamakan makan baru solat kerana makanan dah terhidang dan dia berasa lapar, takut-takut laparnya mengganggu kekhusyukan solatnya.
Syariat tak mengharamkan makrifat, makrifat pun tak mengharamkan syariat.
Kita perlu kuasai dulu ilmu syariat baru boleh amal makrifat.

Keturunan Rasulullah

Rasulullah sangat sayang akan keturunannya. Adapun keturunan Rasulullah ialah Syed, Syeikh dan Syarifah. Rasulullah sangat marah apabila keturunannya disakiti. Kita kena sayang keturunan Rasulullah yang berperangai baik mahupun jahat. Kalau perangai jahat, maknanya dia belum dapat hidayah Allah. Itu kelebihan mereka, jika kita menyakitinya, akan dijanjikan tulah atau daulat. Apapehal pun, mereka tetap keturunan Rasulullah. Contoh, walaupun adik kita degil dan jahat, kita tetap sayang akan adik kita. Begitu juga Rasulullah, walaupun ada keturunannya belum dapat hidayah Allah, tapi baginda tetap sayangkannya. Maka kita tidak boleh menyakiti orang yang Rasulullah sayang.
Adapun pada satu ketika umat Islam di zaman Rasulullah mengutuk dan mencela Abu Lahab, iaitu bapa saudara Rasulullah. Maka kata Rasulullah, Sudah, cukup-cukup, jika engkau menyakitinya maka engkau menyakiti hatiku. Mereka bertanya, Mengapa Ya Rasulullah? Ini kerana Abu Lahab ialah bapa saudaraku dan dia adalah dari keturunanku juga. Sehinggakan ada para ulamak yang sangat menjaga adab tidak membaca Surah Al Masad.. Tabbats yada..hingga akhir surah...
Adapun jika seseorang itu sengaja meletakkan nama Syed pada namanya atau orang lain seperti nama anak, maka dalam satu riwayat Rasulullah mengancam mereka kerana mereka dikira menipu dan menyamar keturunan daripada kalangan keturunan Rasulullah.
Adapun nama keturunan Syed itu ada juga yang dihazafkan pada nama mereka, maka kita kena berhati-hati jangan sebarangan mengutuk orang kerana ditakuti mereka daripada golongan keturunan Rasulullah yang tiada nama Syed pada pangkal nama.. seperti Ustaz di Baitul Qura’, Ustaz Haji Zulkifli bin Haji Ismail, beliau daripada keturunan Rasulullah. Sebab itu dalam Islam terdapat larangan mencela, mengumpat dan menghina orang lain.

Sutrah

Ia ialah penghadang di hadapan solat. Syaratnya ialah tinggi sedikit, daripada lantai depan tempat sujud hingga ke atas. Jaraknya ialah tiga hasta daripada tempat kita berdiri ketika solat. Dalilnya, dalam satu riwayat mengatakan adapun Rasulullah tidak pernah solat tanpa sutrah dihadapan tempat sujudnya. Hatta ketika baginda ingin solat di padang pasir, baginda memacakkan tongkatnya di hadapan tempat sujudnya. Ada juga riwayat mengatakan ruang tempat sujud kita yang perlu dikosongkan adalah sebesar ruang seekor kambing. Adapun sekiranya ada orang yang melintas di hadapan kita ketika kita solat, kita boleh mengisyaratkan halangan dengan meluruskan tangan ke hadapan yang bertindak sebagai isyarat jangan lalu di hadapanku. Adapun pada zaman sahabat orang yang sedang solat itu ada yang memancung orang yang lalu didepannya (di area tempat sujud) memandangkan dia membawa pedang bersama ketika solat. Sunat bagi kita solat di belakang tiang masjid kerana ia dianggap sutrah bagi kita.

Cara Istiqamah

Melakukan amal kebaikan secara tetap dan berterusan
Caranya ialah buat sedikit tetapi berterusan.
Contohnya, niat untuk baca Al Quran sebelum tidur setiap malam satu ayat..
Jika kita penat, contohnya balik lewat malam, maka sebelum tidur kita tak terbeban
untuk baca satu ayat sahaja. Sekiranya kita banyak masa lapang, digalakkan untuk baca lebih kerana boleh dapat pahala lebih, tapi masih dengan niat yang sama, hendak baca satu ayat pada asalnya, tiap-tipa malam sebelum tidur, agar kita masih lagi dapat beristiqamah dengan amalan.
Kedua perbanyakkan berdoa kepada Allah agar kita dapat menjadi hamba yang istiqamah pada amalan. Insya Allah...

Cara Mendapat Berkat di Majlis Ilmu

Kita perlu istiqamah dengan tempat duduk ketika kita dengar kuliah. Ketika mendengar kuliah memang ada ganjaran keberkatan yang Allah beri. Tapi kita tidak tahu bila masanya Allah akan campakkan keberkatan itu kepada kita dan setiap jemaah yang mendengar kuliah itu, sama ada awal, tengah atau akhir kuliah. Tapi kita ambil amalan dengan taat duduk pada satu tempat sahaja, kerana itu bukti kita memang betul-betul nak keberkatan dalam kuliah majlis ilmu. Kita tak tau Allah turunkan berkat itu time bila, tapi yang pasti Allah akan turunkan berkat pada kita, maka kita perlu istiqamah pada tempat duduk kita. Insya Allah, Allah akan beri berkat pada tempat kita duduk itu. Samalah macam nak dapat lailatul qadar di bulan Ramadan. Kita tak tahu bila, tapi kalau istiqamah sebulan buat amalan tahajud, Insya Allah kita dapat juga berkat lailatul qadar itu. Amin...

Minyak Wangi Alkohol

Hukumnya sah dibuat solat. Alkohol jadi haram bila diminum kerana memabukkan. Pakai minyak wangi Alkohol tak menjejaskan apa-apa walhal tak memabukkan. Ia hanya bauan yang lekat di pakaian. Sah solat dengan minyak wangi beralkohol.

Pemakaian Cincin

Sunah memakai cincin, ikut rasulullah.
Jari-jari yang memakai cincin:
1. Ibu Jari- ikut kaum nabi luth, mereka memakai cincin di jari ini. Jika ikut hukumnya haram.
2. Jari telunjuk- ikut yahudi hukumnya haram.
3. Jari tengah- ikut paderi hukumnya haram
4. Jari manis- sunah memakai cincin di sini. Tetapi sekiranya lelaki yang memakai cincin di jari ini, jarinya akan kelihatan seperti perempuan kerana jari yang halus dan lembut maka haram baginya.
5. Jari kelengkeng- sunah juga memakai di sini, merupakan gantian jari manis jika hukum haram tadi wujud.

Dilarang memakai cincin dengan banyak pada semua jari, ia ghurur iaitu melampau dalam berhias dan mengikut sunah. Hukumnya haram.

Hukum Tengok Wayang

Pada asalnya dibolehkan sekiranya menjaga batas-batas pergaulan dengan bukan muhrim. Kemudian lihat pada cerita filem tersebut, sama ada unsur yang diketengahkan ialah halal atau haram. Jika bersalahan dengan syarak maka hukumnya ialah haram arodi iaitu haram yang mendatang. Maklumat lanjut, rujuk Arif Aizuddin.

Hukum Download Lagu

Dibolehkan jika untuk peribadi sahaja seperti dengar lagu untuk sendiri.
Diharamkan untuk mendapat keuntungan seperti menjualnya kepada orang lain.
Rujuk Arif Aizuddin untuk maklumat lanjut.

Patung dan Potret

Jika patung itu untuk dibuat hiasan dan pameran, maka hukumnya haram.
Jika patung itu untuk dibuat barang permainan, maka dibolehkan. Tetapi selepas itu, perlu disimpan dan disorokkan.
Adapun Saidatina Aisyah R.A. ketika kecil menjadi isteri Rasulullah, beliau bermain anak patung dan Rasulullah tidak melarangnya.
Lukisan potret rupa seseorang dibolehkan kerana ia unsur seni.
Tetapi jika ia ukiran yang timbul maka hukumnya haram.
Sebab itu mengukir berhala hukumnya haram kerana ukiran itu timbul dan mempunyai bentuk.



Elak campur aduk puji Allah vs maksiat

Ketika kita sedang seronok berborak dan bercerita, kita tidak tahu sama ada ia maksiat atau amal. Maka kita seharusnya mengelak memuji Allah ketika sedang melakukan maksiat.
Contohnya, sekumpulan lelaki sedang bercerita mengenai perempuan solehah yang memakai purdah. Mereka memujinya kerana perempuan itu sangat baik, alim dan langsung tidak mempedulikan kerenah lelaki. Niat asal mereka hendak mengingatkan diri mereka agar sentiasa perbaiki diri agar menjadi lelaki soleh seperti muslimah solehah tadi. Tetapi belum tentu perkara yang mereka bualkan itu menjadi satu kebaikan bagi diri mereka. Boleh jadi ia adalah satu maksiat dan Allah murka kepada mereka ketika itu. Mereka berborak sampai mengkagumi perempuan tadi dengan menyebut “Masya Allah!” tapi mereka tiada nafsu, cuma menceritakan kesolehahan perempuan itu agar dapat dijadikan iktibar. Andaikan Allah mensifatkan ia sebagai maksiat, maka dalam masa yang sama mereka buat maksiat sambil memuji Allah. Allah sangat murka. Adapun sebagai mana yang dilakukan oleh Abang Hafis, beliau menggantikan pujian tadi kepada “Masyarakat!”. Tujuannya untuk mengelak dilaknat Allah. Lagipun, memang dalam masyarakat ini ada pelbagai jenis dan ragam manusia. Semua ini bertujuan untuk elak sebut nama Allah ketika sedang buat maksiat (kita tak tau ia maksiat atau tidak).
Adapun apabila kita menyebut nama Allah ketika berbuat dosa seperti “Astaghfirullah” maka kita wajib meninggalkan terus dosa itu dan berusaha membuat kebaikan pula. Bukannya memuji atau mengingati Allah sejenak, tetapi sambung dengan urusan maksiat tersebut. Salah hukumnya. Maksudnya, bila sudah teringat Allah, stop terus daripada melakukan maksiat.

MP3 ada Quran

Mp3 yang ada Al Quran boleh bawa masuk dalam tandas kerana ayat Quran tak zahir. Cuma tak boleh play. Skrin mp3 tak boleh tulis ayat Quran atau Allah. Jika ayat Quran tu zahir, boleh dilukis atau diubah suai sedikit agar ia tak zahir seperti ayat Quran asal. Contoh mudah ialah tulisan “Fastaqim kama Umirta” di lencana kisas baju batch perlu diubahsuai agar tak zahir ayat Quran tersebut.

Perkahwinan

Adab hendak meminang mestilah menggunakan orang tengah, tidak digalakkan direct. Contoh guna akaknya atau abangnya atau terus kepada ibu bapanya.
Dalam perkahwinan:
1. Kalau kahwin dengan perempuan terlalu muda kemungkinan akan menghidap kanser rahim
2. Kalau kahwin dengan perempuan terlalu tua, kadar menopaus cepat
3. Kalau kahwin dengan perempuan sebaya, kemungkinan jika berlaku perselisihan akan menyebabkan isteri hilang rasa hormat pada suami.

Tengok sajela dalam kelas kita, muslimin muslimat asyik saling tak puas hati jer walaupun tak dizahirkan. Ini kerana semuanya sebaya.
Bila perempuan sudah menopaus, mereka hanya merasa “azab”.
Perempuan yang banyak bersalin akan melambatkan kadar menopaus, sebab itulah lebih baik mempunyai anak ramai. Seperti Ustaz Haji Zulkifli bun Haji Ismail, beliau mempunyai 10 orang anak.
Anak yang ramai, apabila dapat diasuh dengan elok merupakan satu anugerah berharga. Mereka akan membela ibu bapa di akhirat kelak. Ia satu rezeki kurniaan Allah. Semoga kita dapat menjadi anak yang soleh dan solehah. Amin...

Terdapat pembahagian:
1. Dari segi fitrah- lelaki akan suka perempuan dan perempuan akan suka lelaki. Maka mereka tak boleh lawan syariat, perlukan perkahwinan yang sah cara Islam untuk satukannya.
2. Dari segi syariat- suami sahaja yang sebenarnya wajib memberi makanan pada isteri, isteri tak perlu tetapi hanya melayan suami.
3. Dari segi adat- isteri memasakkan untuk suami dan membantu suami dalam segala hal.

Kita kena ikut semuanya untuk mendapat kehidupan yang sempurna dan lengkap. Maka kehendak syarak hendaklah dijunjung disamping mengamalkan adab dalam kehidupan agar dapat mewujudkan keluarga yang bahagia. Moga kita semua dapat menjadi suami dan isteri solehah yang dijanjikan syurga oleh Allah Taala. Amin...

Seluar Jeans

Pemakaian seluar jeans tidak salah dan hukumnya juga tidak haram. Boleh dipakai. Cuma bagi seorang pendakwah tidak digalakkan kerana tujuannya untuk menjaga adab dan taqwa kepada Allah. Pakaian ini cara orang Barat. Apakah lebih baik jika kita ikut sunah pakaian Nabi Muhammad S.A.W.? Dan apabila menunaikan solat, seelok-eloknya pakailah pakaian yang bersih dan khusus untuk solat. Semua ini atas dasar kita menjaga hubungan baik dan beradab sama Allah, bukan pada manusia sahaja.

Bersambung...
Ringkasan ilmu ini akan di update kemudian dan seterusnya..
Sekian, dari mr_koje...

3 comments:

Anonymous said... [Reply to comment]

salam
mahu tanya ckit
jikalau pakai tight spt pemain bola yg pakai tight sampai lutut dan pakai seluar pendek atas lutut bukankah itu haram ( saya tak taulah ye) sebab bagi saya ia serupa dgn perempuan yang pakai ketat tapi ade bajulain yang jarang @ yang disarung je untuk tutup ckit2 ....cth die pakai baju pendek diluar tapi die pakai baju lengan panjang ketat di dalam yang menutupi semue badan termasuk leher nampak bentuk lengan n leher (kirenye ini style muslimah moden)kalau tak paham cube tengok heliza pelajar af care die pakai...... soalannye bolehke??? ini kerana ia menampakkan bentuk lengan sama seperti lelaki yg menampakkan bentuk lutut dan ke atas ckit.... adakah keselesaan bermain menjadi sebab dibolehkan .....lainlah kalau darurat..... tq

Ruh Al-Jadid (روح الجديد) said... [Reply to comment]

senang je kalau nk simpulkan sume prob 2..jawapan dy Matlamat tak menghalalkan cara..leh ke dijadikan alasan nak maen dengan selesa jd kna bukak aurat..Hukum Allah itu tetap & perlu dipatuhi & bab aurat nie mana ada rukhsah (kemudahan)..jadi kalau ape yang ana ingat ustaz ana di KISAS pernah cakap pakai tight nie same je laa cam pakai baju ketat (cam nta cakap laa) sbb nmpk bntk tubuh yg perlu ditutup. Maknanya kalau ikut kefahaman ana tak boleh laa pakai tight. Team Rugby skolah ana men rugby pakai suar panjang ttp boleh dapat jadi Johan..jadi bukan soal selesa atau x..tapi soal nk tutup aurat ke tak nak..dari segi hukum sah ke x haram ke boleh ke ana x brani jawab sebab ana bukan ahlinya untuk ana bagi hukum bolehtak boleh nie..kena tanya ahli feqah..

Anonymous said... [Reply to comment]

tq