Jan 7, 2009

Home » , » Ciri-Ciri Keimanan

Ciri-Ciri Keimanan

Ketika kita berdakwah dalam kehidupan kita sebagai manusia, ada musimnya dan ia mengikut musim keimanan kita. Ketika mana imankita turun maka turunlah dakwah kita dan sebaliknya ketika iman kita meningkat. Namun begitu kita sering digalakkan untuk istiqamah dalam sesuatu perkara supaya mampu melahirkan keikhlasan dan untuk ‘maintain’ tahap keimanan. Setiap Dai’e perlu meneliti dan muhasabah tahap mereka dalam menghayati dan mentaati nilai ajaran Islam yang menjadi intisari dakwah mereka kepada masyarakat. Komitmen yang diberikan dalam dakwah juga perlu diambil kira supaya tidak menjadi golongan yang disebut Allah sebagai ‘Orang yang Lupa Diri’ kerana mengajak orang lain membuat kebaikan tetapi lupa akan diri sendiri (rujuk Al-Baqarah ayat 44). Orang inilah yang disifatkan Allah sebagai sia-sia amal usaha mereka di dunia sedangkan mereka menyangka telah berbuat sebaiknya di duina (rujuk Al-Kahfi ayat 104). Maka dapat disimpulkan di sini orang yang rugi di akhira nanti ialah orang yang tak mampu melepasi azab neraka walaupun mereka mendapat dunia keseluruhannya. Lebih baik terlepas dari azab neraka walaupun terlepas dan kerugian dunia seluruhnya. Orang-orang yang benar-benar beramal dalam Islam ialah orang yang berusaha dan beramal agar dijauhkan dari neraka.


Maka di sini Allah telah menetapkan Ciri-Ciri Keimanan yang patut dijadikan sandaran agar dakwah kita serta amalan kita di dunia ini tidak menjadi sia-sia. Jadi berdasarkan surah At-Taubah ayat 112, Allah telah menggariskan amalan yang boleh menjadikan seorang mukmin itu bergembira di akhirat iaitu

  1. Al-Ta’ibun – Orang yang sentiasa bertaubat
  2. Al-‘Abidun – Orang yang beribadat
  3. Al-Hamidun – Orang yang bertahmid memuji kebesaran Ilahi
  4. Al-Sa’ihun – Pengembara dijalan Allah
  5. Ar-Raki’un – Orang yang banyak ruku’ kepada Allah
  6. As-Sajidun – Orang yang sujud kepada Allah
  7. Al-‘Amiruna bil Ma’ruf – Orang yang mengajak kepada kebaikan
  8. Wa-Yanhauna ‘Anil-Munkar – Orang yang menghalang dari berlaku kemungkaran
  9. Wal-Hafizuna Li Hudulillah – Orang yang memelihara batas-batas hukum Allah

Jadi, renungkanlah diri kita di mana kita berada sekarang.


1 comments:

~PakKaramu~ said... [Reply to comment]

Kembalikan maruah islam yang sudah di bawah