Aug 25, 2008

Home » » Mencipta Momentum Gerakan Sepantas Usain Bolt

Mencipta Momentum Gerakan Sepantas Usain Bolt

















"I didn't come here to run the world record, because I was the world record-holder. I came here to win.", kata jaguh pecut Jamaica, Usain Bolt setelah menang pingat emas acara 100 meter Olimpik Beijing 2008 dengan catatan terpantas di atas trek, 9.69 saat.Bayangkan jika beliau tidak mendepakan tangannya, tidak mendabik dadanya meraikan kemenangan meskipun belum menghabiskan perlumbaan atau tidak menoleh ke tepi melihatkan langsung tiada pencabar di sisinya, pastinya rekod baru dunia lebih baik dan lebih pantas. Fikirku, 9.50s adalah sesuatu yang amat senang buat Usain.Usain Bolt adalah satu fenomena baru dalam percaturan manusia paling pantas di atas muka bumi. Dengan ketinggian 6 kaki 5 inci, langkah kaki beliau yang lebih besar dan lebih pantas daripada pelari-pelari pecut yang lain, dia pastinya terkehadapan di akhir permulaan walaupun lembab berlepas dari blok permulaan. Beliau memerlukan 41 langkah untuk menghabiskan 100 meter, anda pula berapa langkah?!"Berdasarkan teori momentum dalam fizik iaitu P=Mv atau momentum (P) berkadar terus dengan Mass(M) dan velocity(v) , ini bermakna ahli gerakan ramai sekalipun tetapi tidak pantas dalam tindakan, memahami isu, membaca masalah dan macam-macam lagi yang memerlukan kepantasan maka kadar momentum sebuah gerakan itu tidak akan banyak berubah. Begitu jugalah situasinya jika ahli gerakan pantas bertindak tetapi kekurang tenaga pengerak untuk melakukan bebenan yang banyak menanti." - Naib Presiden 2 GAMIS

0 comments: