Jan 30, 2012

Satu Minggu Penuh Aktiviti

Liqa' Al-Mulk




Intro to Rakan Masjid UTP 2.0
27 Januari 2012





Rehabiliation Day MTME Rakan Masjid UTP
28 Januari 2012








Kem Penghayatan Islam Sesi Januari 2012
28 - 29 Januari 2012






p/s: letih tapi best dan puas beraktiviti bersama-sama sahabat ^_^

Jan 13, 2012

Datang Masjid hari Jumaat tapi Tak Solat

"Shhh....senyap, pak siak datang!"

Suasana bising di bahagian belakang masjid reda sebentar. Pak siak masjid datang dengan rotan nak rotan orang yang bising ketika khutbah. Dia berlalu, suasana kembali meriah di belakang itu. Meriahnya bukan sekadar dengan kanak-kanak, abang-abang besar, pak cik - pak cik turut sama mengambil bahagian menyumbang kepada kemeriahan kawasan belakang masjid. Bila iqamah semua sama-sama bersolat.

Ini suasana yang ana alami suatu ketika dulu yang mana ana sendiri antara penyumbang kemeriahan tersebut. Tapi semakin masa berlalu, ana mengerti bahawa berkata-kata ketika khatib menyampaikan khutbah itu menjadikan pahala jumaat kita sia-sia saja. Atas sebab kefahaman, ana mula tidak bercakap, masih lagi di saff belakang. Tapi kerana bisingnya tempat tersebut, ana mengubah posisi. Mula ke saff depan kerana di depan itu terasa lebih tenang untuk menumpukan perhatian mendengar khutbah. Tapi di depan, tak kurang juga keadaannya bila melihat ketenangan yang amat sangat sampai tersengguk-sengguk jatuh. Ana juga sering mengalaminya. Letih mungkin (alasan).


Pernah sekali ana tunaikan Solat Jumaat di sebuah masjid di Gopeng. Ana datang agak lambat, muazzin dah iqamah. Ana cepat-cepat ambil wudhu' dan masuk untuk solat. Masa ambil wudhu' perasan juga ada beberapa orang belia remaja harapan negara masih duduk lepak-lepak dan bersembang di kawasan parking motor. Hairan juga, tak solat ke? Dah keluar rumah datang masjid untuk solat Jumaat tapi time solat tak masuk solat sekali. Musafir agaknya, kalaupun musafir, apa salahnya masuk dan solat?

Masuk dalam dewan utama masjid, suasana lain pula. Di luar, sekumpulan manusia sedang berborak kosong. Di dalam tengok kanak-kanak masih bermain-main. Yang tengah solat pun solat main-main. Tak kurang yang ganggu orang solat. Ada juga adik-adik nie yang solat tapi kesian bila solat mereka diganggu kawan sendiri. Ana mula solat Imam sudah hampir ruku', beberapa orang yang bermain tadi laju-laju masuk dalam saff dan solat. Yang lain masih terus buat bising dan bermain.


Selesai solat, yang main dan borak nie laa yang paling awal keluar dari masjid. Ana sekadar mampu gelengkan kepala melihat telatah remaja dan kanak-kanak sekarang. Apa agaknya yang berada dalam fikiran mereka sampai tak solat. Adakah terlalu alah masuk ke masjid. Belum pernah dengar berita orang masuk masjid badan jadi kudis. Yang kanak-kanak ana boleh faham mereka masih kecil, cuma dalam mendidik, bab solat perlu ditekankan dan menjadi antara priority utama. Untuk yang remaja, rasa kecewa berbaur simpati pada mereka. Bagi ana, mereka sudah pun dewasa, dah baligh. Dalam keadaan itu pun masih mengabaikan tanggungjawab pada Allah. Telatah mereka seolah-olah memperlecehkan Allah. Mereka datang ke masjid tapi tak masuk dan tak solat sedangkan itu yang patut dilaksanakan.

Inikah belia remaja yang sedang dihasilkan Malaysia sekarang? Renung-renungkan dan fikir.