Dec 17, 2009

Home » , » Sibuk Juga Ujian dari Allah

Sibuk Juga Ujian dari Allah



Dah lama rasanya blog nie tak di'update' dengan posting ilmiah yang mungkin tak banyak tapi sekurang-kurangnya sebagai usaha nak berkongsi ilmu dengan orang lain dan berkongsi pendapat sesama sahabat-sahabat seperjuangan di alam maya ini.

Sesekali rasanya berat juga nak terus istiqamah dalam menulis blog nie. Kadang-kadang terasa diri nie da mula 'addicted' dengan website yang kalau diterjemahkan dalam bahasa melayu disebut sebagai 'mukabuku'. Mungkin agak tidak beradab dari sudut bahasa apabila kita meletakkan direct translation kepada sesuatu perkataan seperti mana dewan banquet diterjemahkan menjadi dewan bankuasi dan bukan dewan menjamu selera atau dengan nama lain. Jadi selalu kita mengatakan kita ingin memartabatkan bahasa kita tapi sering kali juga kita biadab dengan bahasa kita sendiri.



Jadi soal adab ini luas rupanya. Bukan sekadar pada sikap seseorang manusia sesama manusia, manusia dengan pencipta atau manusia dengan makhluk lain. Tapi rupa-rupanya dengan perkara-perkara seperti bahasa juga ada adab dan tatacaranya yang perlu kita hormati bukan khianati. Tapi bukanlah maksudnya tujuan post ini hendak berbicara tentang adab. Kalau ingin dihuraikan secara terperinci, banyak kitab yang perlu dibedah sebelum dikongsikan fakta yang benar-benar konkrit berdasarkan apa yang diajar oleh Islam dan bukan sekadar meluahkan pandangan peribadi yang hanya menurut hawa nafsu semata-mata.



Jadi, dalam masa dua minggu kebelakangan ini saya akui agak sibuk dengan aktiviti-aktiviti yang berlaku di dalam kampus. Maklumlah, ketika mana senior-senior di UTP sedang bercuti semester, kami di bahagian Foundation Trimester nie yang tidak sama jadualnya dengan pelajar-pelajar UTP yang lain terpaksa meneruskan jihad kami di Kampus ini untuk mengharungi semester kedua ini. Walaupun ini bukan kali pertama kami dalam keadaan begini namun tetap juga terasa sedikit kekurangan dan terasa sepi juga kampus ini.

Kebiasaannya, hampir setiap minggu akan ada event-event yang menarik di UTP nie yang dianjurkan oleh pelajar samada dari pihak MPP, Rakan Masjid, Rakan Muda, RCSU atau persatuan-persatuan lain yang bergiat aktif di kampus. Tapi bila mereka bercuti kosong jugalah kampus ini tanpa sebarang aktiviti. Jadi manusia nie kalau diberi masa lapang yang terlalu banyak adakalanya disalahgunakan. Jadi kami dari pihak foundation sendiri mengadakan beberapa aktiviti sebagai pengisian untuk tidak membosankan sahabat-sahabat foundation di UTP.



Baru saja minggu lepas kami telah mengadakan Motivational Talk yang disampaikan oleh Director of Fundamental and Apllied Sciences Department, AP Dr. Balbir Singh serentak dengan pelancaran Fundamental and Applied Sciences Students Ambassador (FASSA) yang berfungsi sebagai suara atau wakil dan sebagai duta bagi pelajar-pelajar foundation di UTP. Alhamdulillah FASSA ini akan dimanfaatkan untuk membantu melahirkan generasi kepimpinan yang serba lengkap kepada negara ini umumnya dan bermanfaat untuk agama Islam khususnya. Harapnya pihak-pihak senior mampu memberi tunjuk ajar kepada kami yang masih lagi bertatih dalam dunia kampus ini. Insya-Allah FASSA yang diterajui sahabat saya yang juga schoolmate saya iaitu Ahmad Hissamudin dapat menjadi satu badan pelajar yang mampu memberi keselesaan dan membantu sahabat-sahabat dalam foundation ini.



Jadi selesai cerita FASSA yang mana saya terlibat dalam bahagian Media untuk pelancarannya. Jadi agak letih juga minggu lepas. Namun saya masih tak dapat berehat apabila minggu seterusnya (minggu ini) akan dilangsungkan Trimester Carnival yang dianjurkan oleh RCSU dan saya telah ditaklifkan sebagai Assistant Project Manager dalam karnival tersebut. Maka ini juga saya jadikan satu wadah untuk merapatkan ukhuwwah sesama sahabat foundation yang berbilang bangsa, kaum, agama, dan sekaligus merapatkan hubungan antara local student dan international student di UTP. Jadi karnival akan berlangsung dari 16-20/12/2009.



Semalam sudah diadakan Forum yang bertajuk Moulding World Class Leader yang mana dibarisi panel-panel seperti Ustaz Rahmat bin Abu Seman selaku Eksekutif Kanan Unit Pentadbiran Masjid UTP, Dr. Ibrahim Faye selaku salah seorang pensyarah bagi pelajar Foundation di UTP serta Saudara Mohd Hakim bin Mohd Nor selaku Presiden Rakan Motivasi dan juga mantan Presiden Rakan Masjid. Alhamdulillah banyak input yang diperoleh sepanjang berlangsungnya forum tersebut walaupun berlaku insiden 'blackout' sebentar yang telah menyebabkan kami sedikit kelam-kabut. Namun begitu tersentuh juga mendengar kata-kata Abang Hakim bahawa ini lah cabaran dalam perjuangan. Jangan mudah melatah dek kerana sedikit cabaran sahaja. Banyak lagi yang akan dilalui dalam kehidupan ini.

Pun begitu diakui berlaku juga beberapa masalah dalam penganjuran karnival ini mungkin kerana kurangnya pengalaman kami dalam menganjurkan program-program seperti ini. Walaubagaimanapun, ini akan kami jadikan sebagai iktibar dan melatih kami menjadi pemimpin yang baik. Insya-Allah karnival ini akan diteruskan sehingga hari Ahad nanti.



Jadi inilah antara perkara yang menjadikan saya agak sibuk sedikit dan kurang semangat untuk meng'update' blog saya. Itu belum dikira dengan akademik saya yang juga tak kurang menjadikan saya luar biasa sibuknya. Hanya Allah yang dapat mengukur sejauh mana kesibukan saya adakah saya benar-benar sibuk ataupun saya ini tidak pandai untuk menguruskan masa saya dengan baik. Ini juga yang telah menjadikan saya serabut dan agak luntur semangat perjuangan saya ketika itu.

Semalam diberi satu filem oleh Abang Mukmin iaitu filem Kun Fa Yakun. Secara jujurnya, saya tak mudah menangis menonton filem sedih tapi filem ini antara filem yang berjaya memaksa air mata saya jatuh. Amat tersentuh dengan jalan ceritanya yang nampak mudah tapi penuh dengan pengajaran tak seperti filem-filem lain yang mana wujud juga elemen-elemen lagho dimasukkan dalam filem itu. Tapi berbeza pula dengan filem Kun Fa Yakun ini yang mana hampir keseluruhan jalan ceritanya mampu memberi pengajaran kepada kita dan mengajar kita erti syukur kepada Allah s.w.t.



Filem ini juga mengajar kita bahawa segala-gala yang dikecapi oleh kita di dunia ini sebenarnya dari Allah dan dengan izin Allah bukan kerana kerasnya kita berusaha. Itu hanyalah asbab tetapi yang memberi rezeki itu adalah Allah s.w.t. Sebab itulah diberi nama filem itu Kun Fa Yakun. Saya cadangkan siapa yang belum menonton filem ini cubalah tonton dulu dan hayati filem ini. Sangat bermanfaat kepada kita dalam menjalani kehidupan sebagai hamba Allah s.w.t.



Jadi sebenarnya dalam dua minggu ini saja dah banyak perkara yang berlaku dalam kehidupan saya sekaligus agak mengubah persepsi saya terhadap beberapa perkara dan masih lagi terdapat beberapa persoalan yang tersimpan dalam kepala nie tinggal nak ditanyakan kepada orang yang ahlinya sahaja. Insya-Allah kalau berkesempatan saya akan berkongsi sedikit ilmu yang ada pada saya yang masih lagi bertatih dalam dakwah Islamiah ini. Semakin meningkat ilmu kita, semakin berat tanggungjawab yang perlu kita pegang. Jadi amanah Allah kepada kita sebagai Khalifah ini perlulah dijalankan dengan sebaiknya.

Wallahua'lam

1 comments:

al-bagani said... [Reply to comment]

Baihaqi

yep, pengalaman dapat diperoleh dari pemerhatian dan lebih banyak yang kita akan dapat andai kita menjadi penggerak.

nie mungkin pengalaman pertama kami dalam mengadakan program2 seperti ini tapi ini baru permulaan. Akan datang mungkin kami perlu menguruskan program seperti konvensyen mahupun seminar yang dihadiri orang2 ternama dalam negara.

Jadi soal memberi sesuatu posisi itu pada yang ahlinya tidak mudah dan tidak susah, sumber tenaga itu ada tapi yang perlu dicari itu adalah orang yang ada kemahiran dan ditujukan kemahiran itu untuk Islam dan membantu menaikkan nama Islam itu sendiri. Itu yang kita nak kan..betul tak bai?