Apr 29, 2009

Home » » Mintak Pendapat Korang

Mintak Pendapat Korang

Tercicirnya Ahli Jamaah itu apabila dia
  1. Leka dengan urusan dunia dan meninggalkan perjuangannya
  2. Terputus hubungannya dengan Rakan Seperjuangan
  3. Mula asyik dalam syurga dunia
  4. Mula merasakan dirinya sahaja yang betul tanpa meraikan pendapat lain



Tu hanya sebahagian punca yang boleh menyebabkan Ahli Jamaah tue tercicir atau pun menjadi golongan yang tercicir atas jalan dakwah (Al-Mutasaqitun 'Ala Toriqi Dakwah). Banyak lagi sebab lain sebenarnya. Itulah hakikat yang kita nampak sebagai penyakit baru umat Islam. Penyakit putus asa sebelum mencuba (Futur) juga telah semakin merebak dalam hati umat Islam tak kira di mana sekalipun.

Tertarik dengan watak Yamaguchi Kumiko @ Yankumi dalam Drama TV Jepun iaitu Gokusen. Ad 3 siri semuanya. Kisah berkenaan seorang guru yang m
engajar satu kelas yang penuh dengan pelajar2 paling bermasalah dalam sekolah. Tapi tidak pula Yankumi menganggap itu sebagai bebanan padanya dan dia tak pernah sedikitpun berputus asa dari mendidik pelajar-pelajarnya supaya mereka faham erti sebenar kehidupan.



Dengan meletakkan satu pendirian bahawa pelajar itu masih belum matang. Mereka akan membuat kesilapan. Baginya itulah masa keemasan untuk melembutkan hati pelajar2 itu yang diyakininya masih boleh dibentuk walau dengan cara apa sekalipun. Dia juga mendidik pelajarnya agar tidak berputus asa dalam sesuatu perkara yang dihadapi. Mengatakan sesuatu perkara itu mustahil tanpa mencuba terlebih dahulu. Dia mengikis sudut pandangan sebegitu dari perspektif minda pelajarnya.

Jadi sebagai ahli Jamaah, sudut pandangan Helicopter View itu sangat penting dan jangan menyempitkan pemikiran dan menolak sebarang kemungkinan. Pandangan sempit itu tidak dapat mengubah apa-apa dalam Organisasi berjemaah, jangan hanya berfikir untuk lajnah sendir sahaja tapi berfikir dengan luas untuk kepentingan Organisasi (Jamaah itu sendiri).

Berputus asa sebelum mencuba juga tak akan membawa sebarang kebaikan kerana dalam dunia ini segalanya tidak Mustahil. Kalau dahulu Gunung Everest mustahil akan ada orang yang menawannya namun kini sudah berapa banyak bendera yang dipacakkan di puncak Everest itu. Banyak lagi perkara2 mustahil telah dilakukan manusia.


Futur bukan sahaja orang yang berputus asa dari dakwah tapi boleh juga diertikan sebagai mengelat dari jalan dakwah kerana apa, kerana terlampau cintakan dunia. Sebagai contoh andai bagi Muslimat, pada awalnya begitu bersemangat dan cukup lantang bersuara di pentas kepimpinan sekolah agama dengan penampilan yang cukup terjaga dengan tudung yang labuh dll. Tapi apabila tamatnya persekolahan maka tamatlah zaman kepimpinannya dan beralih kepada dunia baru pula. Maka penampilan pun mula menampakkan perubahan, kelantangan mula berkurangan tapi dia pula yang makin seronok dengan keseronokan dunia. Itu mungkin hanyalah contoh yang aku bagi & yakin sangat2 ada orang2 yang macam nie.

Contoh lain pulak kalau bagi Muslimin sama je laa. Kat pentas kepimpinan sekolah dia laa yang paling lantang bersuara tapi bila dah keluar dia laa orang yang paling banyak berkepit dengan remaja2 wanita di luar sana. Itu semua contoh2 orang yang Futur dan Tercicir atas jalan dakwah. Adakah nak disalahkan pada Jamaah atau pada Individu itu sendiri??


Jadi beberapa persoalan yang nak diinggalkan di sini.

Masalah berlakunya keadaan yang mana Ahli Jamaah itu Futur harus diletakkan kesalahan pada Jamaah atau Individu atau kedua-duanya sekali yang bersalah?

Kenapa pula dipersalahkan?

Bagaimana nak mengatasi masalah ini?

Adakah sistem tarbiah pengkaderan Jamaah sekarang sudah lagi tidak relevan dan perlu diubah?

Adakah wujud pihak lain yang perlu dipersalahkan ataupun tidak?


Jadi sila laa utarakan pendapat korang semua dengan beberapa persoalan yang telah aku letak kat atas tue. Mungkin isu yang agak berat yang dibincangkan tapi sebarang pendapat akan diraikan dan tak ada jawapan betul atau salah. Utarakan pendapat sendiri dan raikan pendapat orang lain.

7 comments:

mhmdzlzm said... [Reply to comment]

Masalah berlakunya keadaan yang mana Ahli Jamaah itu Futur harus diletakkan kesalahan pada Jamaah atau Individu atau kedua-duanya sekali yang bersalah?
Kedua-duanya sekali. Amar makruf nahi munkar perlu berjalan. Itu tanggungjawab jamaah. Dan istiqamah pula tanggungjawab fardiyyah (individual responsibility)

Kenapa pula dipersalahkan?
Sbb kefuturan merupakan kesilapan kedua-dua pihak.

Bagaimana nak mengatasi masalah ini?
Elakkan campurtgn komitmen lain ataupun elemen2 kesesatan, terutamanya jahiliyah mase kini.

Adakah sistem tarbiah pengkaderan Jamaah sekarang sudah lagi tidak relevan dan perlu diubah?
Untuk mencapai kefahaman yg sbnr x semestinya menggunakn sistem pengkaderan yg dahulu. Eksperimentasi boleh dilakukn utk menguji keberkesanan sistem baru. Tp masih perlu stick kpd sistem lame selagi sistem baru yg brkesan belum ditemui.

Adakah wujud pihak lain yang perlu dipersalahkan ataupun tidak?
Kefuturan ada elemen2 lain yg memaksa individu untuk meninggalkn jalan dakwah spt desakan keluarga, pengaruh rakan2 dsb. Jadi bergantung kpd punca kefuturan utk mencari akar umbi kpd masalah kefuturan dlm diri seseorg.

Sekadar pendapat.

Anonymous said... [Reply to comment]

bagi ana y jahil lg hina ni berpendapat 2 2 pon salah..kkdg ahli jamaah sniri xprihatin asek layan prob die je smp shbt2 y leh dielupe....y diri snirik pon satu gak ske2 je wat smue..padahal diri snirik dh phm kan ap itu perjuangan..ap itu mehnah dlm berjuang..ye la kdg2 Allah akan uji balik ap y kte benci sgt dan xske..manusia kan xterlepas dr dugaan dan cabaran..tmbh2 lg insan sdg berjuang...ukhwah sgt memainkan peranan..same2 lah menjaga ati..g utube search tombo ati-opick..agaga

Faiz Farhan said... [Reply to comment]

ak kne fikir dlu nk cmnt pe arip..

al-bagani said... [Reply to comment]

to faizfarhan

ok2...pk dlu..huhu

Fa said... [Reply to comment]

jeng3.
pd fa klau bab putus2 asa nih.
xperlu salahkan sesiapa kot.
kne pk balik diri sendri cmne.
mksudnye cm muhasabah diri r.
pastu klau rse nk salahkan uh,
salahkan diri sendirk (diri org y futur uh)
sbb kita adalah diri kita.
semua terletak pada kita.
bile kita bt2 rse salah uh xde pd diri kite, then only kite tgk environment cmne (cth : jamaah y xsupportive atau jenis condemn org je lebih) dan starts kembali muhasabah diri.
klau kta keep on blaming others, kita xkan ke mana.
cara nk atasi putus asa,,
berdoa byk2 and carik sebab utk berjaya as kita crik sebab utk putus asa.
kire cm,, klau kite ade sbb utk putus asa, then we have to have reason utk bangkit semula.
xponn,, story2 sket kt jamaah y ade.
insyAllah dengn ukhuwah y ada,, semuanya akan kembali seperti biase.means like, jemaah akan naikkan semangat or what so ever lakn.
and..
kita semua patut menanamkan niat utk berjaya wlpn kita kadang2 slalu putus asa.
orang islam mane boleh putus asa cmtu2 je.
kn? kn?
kne berusaha dlu.lalala.
mungkin juga xde rezeki ke ape ke.
think positive je y penting dlm hidup nih.
sekian dr fa y kurang ilmu.
wink wink ^_^

*er.panjangnye fa type =_="

afandi said... [Reply to comment]

meleleh air liur aku nak baca panjang2 camni..huhu,...

adakah ana sudah futur??????? tidak.................... ana rindukan Tuhannnnnnnnnnnnnnn

Firas said... [Reply to comment]

salahkan diri
sbb 'lakum maa kasabtum'
'untuk kamu apa yg kamu telah lakukan'
that's basic

kalau jamaah, aku sgt stuju dgn azam
muhasabah bermakne
review the past
know what's now
plan for the next
n plz b flexible n open-minded
change when it is needed

so kalo pasal cara pengkaderan,
for me it is developing,
approaches, sentiments, doctrines,
sentiase dlm progress
so, tggl kite yg kne bg komitmen